Contest

Kedah Amal Hijrah Festival diadakan bersempena hari keputeraan Sultan Kedah. Acara ini diadakan buat julung kalinya pada tahun 2011 di Stadium Darul Aman. Dengan membabitkan beberapa badan kerajaan dan NGO bagi menjayakan acara ini. Acara ini akan berlangsung selama 5 hari bermula dari 16/3/2011 hingga 20/3/2011. Selain dari pertandingan luar yang disediakan turut diselitkan beberapa pertandingan menerusi online seperti nyanyian Maher Zain,Taranum,Deklimasi sajak,Nasyid dan Percussion (alatan muzik).

TUJUAN

Kedah Amal Hijrah Festival ini diadakan adalah untuk merealisasikan rancangan bagi membina sebuah Pusat Al-Quran Higher Learning untuk para Huffaz yang lulus dari sekolah tahfiz dari Malaysia dan seluruh dunia.

Lokasi yang dirancang untuk mendirikan pusat ini adalah bersebelahan Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah (MAQAAZ) yang beralamat, No. 99, Lorong Pak Mat Kastam, KM 3 Lebuhraya Sultan Abdul Halim, 05400 Alor Setar, Kedah. MAQAAZ adalah pusat pengajian yang telah beroperasi selama sepuluh tahun dan menyediakan pengajian Diploma Al-Quran dan Qir'aat yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar Kaherah.

Secara umumnya, dana sebanyak RM50juta diperlukan untuk membina pusat pengajian tersebut. Dari angka tersebut, sejumlah RM 10juta akan disisihkan di unit trust untuk penyelenggaraan bangunan pusat dan juga akan digunakan untuk membayar gaji kakitangan, faedah dan biasiswa kepada pelajar dalam jangka masa panjang.

1 comments:

  1. N@wZIera said...:

    salam alaik..nak bertanya...pertandingan bola jaring untuk kaum wanita atau kaum lelaki?

Post a Comment