About Me

Para pembaca sekalian disini diselitkan serba sedikit tentang Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah di mana permulaan penubuhan Maahad. Perkembangan pengajian tahfiz Al-Quran dewasa ini adalah cukup menggalakkan dengan wujudnya maahad-maahad di seluruh pelusuk negara. Menyedari hakikat tersebut sejajar dengan keperluan semasa maka pada tanggal Februari 1998, Amal Aimy Zdalifah Sdn. Bhd. dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab ingin menyumbangkan bersama sedikit khidmat ke arah menyuburkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak tertentu.Adalah penting pengajian Tahfiz mendapat pengiktirafan di peringkat tertentu untuk membolehkan para huffaz menyumbangkan khidmat bakti mereka kepada masyarakat secara lebih berkeyakinan dan sistematik.

Memandangkan kemudahan, kelengkapan dan keupayaan yang dimiliki Amal Aimy Zdalifah Sdn. Bhd. dengan rasa rendah diri telah menubuhkan Maahad Qiraat Al-Azhar bagi menawarkan kursus Diploma Tahfiz Wal Qiraat dan kursus Syahadah Tahfiz yang telah mendapat *Pengiktirafan terus dari Universiti Al-Azhar Sharif, Mesir pada tarikh 22.02.2002 (Bil 292) dan pejabat Agama Kedah (K) I.469/72 13.04.2004, serta menyediakan pengajian Diploma Al-Quran dan Sains.


Pengiktirafan tersebut merupakan serampang dua mata ke arah pembentukan personaliti hufaz yang berketerampilan, berkebolehan dan berkeupayaan untuk menangani masyarakat hari ini dan pengiktirafan juga diperlukan untuk menceburi bidang kerjaya di mana-mana jabatan atau institusi.